WE MAKE YOUR JAPAN AND MALAYSIA TRAVEL EASIER AND MEMORABLE
Tentang Kami
WIF JAPAN ialah sebuah syarikat konsultan pelancongan dengan pengalaman lebih daripada 9 tahun dalam mengurus pelancong di Turki, Jepun dan Malaysia.
Perjalanan kami bermula sebagai ketua rombongan pelancongan, mengurus operasi bersama Istanbul Travel and Tours ketika melanjutkan pengajian di Turki. Setelah menamatkan pengajian pada tahun 2019, kami menubuhkan WIF SERVICES secara rasmi untuk mengurus pelancong dari Turki yang berkunjung ke Kuala Lumpur, Malaysia.
Pada tahun 2021, dengan terbukanya lembaran baru melalui perkahwinan dengan pasangan dari Jepun, perkhidmatan kami turut berkembang ke negara matahari terbit itu. Kami mula mengurus pelancong dari Malaysia, Turki, Brunei, Singapore, Thailand dan Indonesia yang melancong ke pelbagai destinasi di Jepun — memperkukuh lagi kepakaran kami dalam pelancongan antarabangsa dan rentas budaya.
Lebih daripada sekadar operator pelancongan, kami turut menimba banyak ilmu dan pengalaman tentang bagaimana Turki dan Jepun berjaya membangunkan industri pelancongan mereka menjadi antara yang terbaik di dunia. Pengalaman ini menjadi inspirasi kepada misi kami untuk menawarkan pengalaman pelancongan yang bermakna serta menyumbang secara positif kepada ekonomi tempatan, menggalakkan amalan pelancongan lestari, dan memperkasa komuniti setempat.
Visi Kami
Membentuk semula industri pelancongan agar lebih bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada pelancong dan masyarakat setempat.
Misi Kami
Menyediakan pengalaman pelancongan yang berkualiti, kaya dengan nilai budaya dan berteraskan kelestarian.
Mempromosikan pelancongan beretika yang menghormati komuniti dan alam sekitar.
Merapatkan hubungan antara budaya melalui perjalanan yang bermakna.
About Us
WIF JAPAN is a tourism consultant company with over 9 years of experience managing travelers across Turkey, Japan, and Malaysia.
Our journey began as tour leaders, managing ground operations with Istanbul Travel and Tours while studying in Turkey. Upon completing our studies in 2019, we formally established WIF SERVICES, initially focusing on inbound Turkish tourists to Kuala Lumpur, Malaysia.
In 2021, with a new chapter in Japan through marriage to a Japanese partner, our services expanded. We began managing and serving tourists from Malaysia, Turkiye, Brunei, Singapore, Thailand dan Indonesia across various regions of Japan — further enhancing our cross-cultural and international expertise.
More than just a tour operator, we have deeply studied and experienced firsthand how Turkey and Japan have developed their tourism industries into global powerhouses. This exposure drives our mission to not only offer unforgettable travel experiences but also to contribute positively to the local economy, encourage environmentally sustainable practices, and empower communities.
Our Vision
To reshape tourism into a responsible industry that benefits both travelers and local people.
Our Mission
To deliver exceptional, culturally rich, and sustainable travel experiences.
To promote ethical tourism that respects local communities and the environment.
To bridge cultures through meaningful journeys.